Friday, January 8, 2010
Laut Mati - Geografi
Laut Mati (bahasa Ibrani: ים המלח; bahasa Arab: البحر الميت) merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut, kedudukan terendah di atas daratan, dan juga tasik masin yang terdalam, sedalam 330 m. Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan hampir 30 % . Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh kerana itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasin ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.
Fakta Laut Mati:
Koordinat - 31°20′N 35°30′E
Jenis tasik - endorheik hipersaline
Sumber asas - Sungai Jordan
Primary outflows - Pemeluwapan
Kawasan terlibat - 40,650 km² (25,258 mi²)
Negara terlibat - Jordan,Israel dan Wilayah Palestin
Panjang - 67 km (42 mi)
Lebar - 18 km (11 mi)
Kawasan permukaan - 810 km² (Lurah Utara)
Purata kedalaman - 120 m[1] (394 ft)
Kedalaman maksimum - 330 m (1,083 ft)
Isipadu air - 147 km³ (91 mi³)
Shore length - 135 km (84 mi)
Surface elevation - 418 m (-1,371 ft)
Sumber:Wikipedia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment