Friday, January 8, 2010
Video-Sebuah Memori Di Laut Mati, Jordan
Hanya lebih kurang 20 minit saja dari Mount Nebo kita boleh sampai di Laut Mati atau Dead Sea ini. Dari segi ukuran, Danau Toba di Medan, Indonesia jauh lebih besar jika dibandingkan dengan Laut Mati ini. Terdapat dua buah hotel di sekitarnya, Dead Sea Spa Hotel dan yang sedang dibangunkan iaitu Amman Beach Hotel. Air lautnya juga benar benar mempunyai kemasinan yang luar biasa dan dibeberapa tempat dijumpai banyak bongkahan garam. Lumpurnya halus sekali dan dipercayai baik untuk kulit kerana boleh menyembuhkan berbagai penyakit dan air masin ini terasa begitu licin sekali di permukaan kulit. Jika ada kulit yang terluka, rasanya begitu pedih sekali, juga jika terkena mata, pedihnya amat terasa. Tidak hairanlah jika di Malaysia sudah mula dipasarkan rawatan badan dengan bahan dari laut mati tersebut. Terutama sekali di salon-salon kecantikan yang menyediakan fasilitas khusus rawatan badan.
Laut Mati atau dikenali juga sebagai Dead Sea ini sebahagian merupakan wilayah Jordan dan sebahagian lagi merupakan wilayah Israel. Sebenarnya amat mudah kalau hendak menyeberang ke Israel, disamping kita boleh terapung dan tidak akan tenggelam kerana berat jenis air garam lebih tinggi dari tubuh kita, jaraknya juga begitu dekat dan kita boleh melihat dengan jelas negara Israel/Palestine diseberang sana. Pengalaman penulis mengapungkan diri di Laut Mati membawa seribu satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan ketika berada di Jordan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment